Sunday, November 7, 2010

Toffee Caramel Cheese Cake

Dah lama nak belajar teknik buat cheese cake yang betul. Akhirnya tercapai jugak..ni antara resepi yang dipelajari dan dah dibuat pun. Tak perlu bakar.Sayang betul nak habiskan cheese cake ni. Memang sedap. Resepi dari Kak Lynn.


Bahan base:

150 gm biskut marie

130 gm butter cair


Cara:

1- Campur semua bahan, tekan pada dasar loyang yang dialas dengan kertas minyak kemudian sejukkan.

**saya hanya gunakan potongan sponge kek sebagai base


Tofee

Bahan:


40 gm almond nib

60 gm gula kastor


Cara:

1- Masakkan gula dalam bekas caserol sampai kuning, masukkan almond nib, gaul. Tutup api dan ratakan atas loyang sebentar.

2-Bila sejuk patah-patahkan kecil.


Bahan Cheese

200 gm cream cheese

20 gm gula kastor

8 gm gelatin

60 gm air

200 gm whipped cream (whisk dahulu)


Cara:

1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.

2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata

3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7', berselang seli tabur toffee tadi.

4- Sejukkan dalam peti ais


Topping

1/2 cawan brown sugar

1 cawan anchor whipping

1 tsp butter

Cara:

1-Campur semua bahan, panaskan sampai pekat. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik


Hiasan


100 gm walnut (imported) di tos dan cincang


Cara:

1- Keluarkan kek tadi dan tabur walnut kemudian letak topping tadi. Hidangkan



7 comments:

  1. wah sedapnyer kek ni .. kena try gak ni ..

    ReplyDelete
  2. walnut tu ditos?x fhm la....kene rebus ke?atau kene bakar dulu?

    ReplyDelete
  3. Waaa bagusnye la u share resepi yg berbayar ye...

    ReplyDelete
  4. hai Wany walnut tu di panggang sekejap dalam oven lebih kurang 5 min

    hai Tinaz, walaupun resepi berbayar tapi ilmu tetap dari ALLAH jadi tak salah berkongsi ilmu untuk dapat pahala lebih.

    ReplyDelete
  5. Nak tanya, yg bahan utk cheesecake tu, 200 gram whipped cream tu guna dairy whipped cream mcm brand anchor (contohnya) ke atau guna non-dairy whipped cream (contohnya Rich's) yg dah siap manis tu?

    Thanks.

    ReplyDelete
  6. thank for the resipi.. ramai my customer yg suka kan kek ni..

    ReplyDelete