Friday, January 22, 2010

Perkenal Makanan Pejal pada Si Manja

Masa terbaik untuk memberikan makanan pejal bergantung kepada kesediaan setiap bayi. Secara umumnya kanak-kanak memerlukan makanan pejal apabila kalori daripada susu sudah tidak mencukupi. Keperluan ini boleh dilihat apabila bayi boleh menghabiskan sebotol penuh susu tetapi berasa lapar semula dalam masa dua atau tiga jam kemudian. Ini biasanya berlaku pada usia enam bulan. Saya memperklenal makanan pejal pada Aisyah semasa umurnya 6 bulan. Tetapi bermula dengan pisang masak yang dilenyek terlebih dahulu. Tapi Princes Aisyah ni bukanlah jenis yang suka makan tetapi jenis yang banyak minum susu. Bayi yang lebih kecil (kurang enam bulan) sukar menelan makanan pejal walaupun sesetengahnya boleh menelan makanan pada usia lebih muda jika makanan diletakkan di belakang lidah. Ada ibu bapa memaksa bayi kecil untuk makan banyak makanan pejal dengan harapan anak akan tidur lena sepanjang malam. Bagaimanapun, ia bukan langkah baik kerana boleh menyebabkan anak anda mendapat radang paru-paru (pneumonia) dan masalah makan kemudian hari. Kebanyakan bayi makan makanan pejal selepas menyusu kerana dapat memuaskan kehendak mereka untuk menghisap puting dan pada masa sama mengatasi rasa lapar. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih mudah mengalami masalah alahan atau tidak toleran terhadap makanan berbanding kanak-kanak besar dan orang dewasa. Jika banyak jenis makanan diberi pada satu masa, agak susah untuk menentukan makanan mana yang menyebabkan reaksi alahan. Justeru, anda sepatutnya memperkenalkan jenis makanan secara berperingkat; satu jenis untuk satu minggu. Jika ia boleh diterima dengan baik barulah perkenalkan makanan lain kepada bayi anda. Melalui cara ini, anda boleh mengenalpasti makanan mana yang boleh menyebabkan alahan pada anak. Mulakan dengan bijirin diikuti buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan lain seperti sumber protein (daging) diperkenalkan lebih lewat iaitu apabila anak berusia tujuh bulan. Beri anak makan melalui sudu supaya bayi anda boleh belajar teknik pemberian makanan yang baru. Pada umur enam hingga sembilan bulan, kanak-kanak biasanya sudah pandai memegang makanan dan membawanya ke mulut. Jadi mereka perlu digalakkan untuk makan sendiri. Anda perlu berhati-hati kerana bayi mudah tersedak atau tercekik oleh makanan keras seperti kacang, lobak mentah, gula-gula atau biskut kraker. Elakkan makanan ini. Jika mahu diberikan, pastikan ia dikisar. Anda boleh menyediakan sendiri makanan untuk si kecil dan langkah ini lebih menjimatkan. Walaupun bayi suka makanan manis, tetapi gula bukanlah nutrien yang penting dan sepatutnya diberikan dalam kuantiti kecil; jika perlu. Jika tidak, jangan perkenalkan gula kepada anak anda. Jangan berikan sajian manis kerana tidak bermanfaat untuk anak anda. Jangan berikan anak anda makanan pejal terlalu awal dan sebaiknya tunggu bayi berumur antara empat hingga enam bulan. Perkenalkan sedikit makanan baru kepada bayi apabila dia lapar iaitu sebelum dia diberikan susu. Kemudian, perlahan-lahan tambah kuantiti makanan untuk anak anda. Jangan biarkan neofobia (takut kepada makanan baru) melanda anak anda. Jangan paksa anak untuk menerima makanan baru tetapi perlahan-lahan ajak dia makan. Ingat, susu sudah cukup untuk membekalkan keperluan anak sehingga dia berusia enam bulan. Paling penting, jadikan masa makan sebagai masa yang menyeronokkan. Kasih sayang dan perhatian anda akan merangsang anak untuk makan dan menikmati suasana seronok bersama keluarga.

Bercerai Susu

Info dari Harian Metro
BERCERAI SUSU. Inilah istilah digunakan untuk proses pertukaran daripada susu badan kepada susu botol (formula), susu badan atau botol kepada penggunaan cawan dan susu badan atau botol kepada makanan pejal. Bayi anda akan melalui satu atau lebih daripada fasa bercerai susu ini. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan. Memberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka. Tetapi anda akan berasa lebih bebas kerana ada ‘pihak’ lain yang akan menyusukan bayi mereka. Jangan terkejut jika anda berasa sedih dan gembira; anak anda akan belajar untuk berdikari. Bagaimana anda tahu adakah anak anda bersedia untuk bercerai susu? Tanda seseorang bayi sudah sedia bercerai susu biasanya datang apabila mereka mula belajar merangkak atau berjalan. Bayi yang menyusu badan akan mula menunjukkan tanda hilang minat untuk menyusu.
Bayi yang menyusu botol pula bersedia untuk bercerai susu apabila mereka mula buat perangai, tidak lagi mahu mengemam puting susu atau menyorokkan botol sebelum habis. Bayi anda akan mula menunjukkan minat untuk minum menggunakan cawan. Bila masa terbaik untuk bercerai susu? Tiada masa yang betul atau salah. Malah, bayi anda mungkin mengambil masa lebih lama berbanding kanak-kanak sebayanya; ia bergantung kepada kesediaan anda dan bayi untuk melalui proses ini. Ada ibu menunggu sehingga anak mereka lebih besar kerana tidak bersedia melepaskan keakraban dengan anak ketika proses penyusuan. Sebaliknya, ada ibu mahu proses berkenaan lebih cepat kerana tanggungjawab lain. Untuk proses ini, andalah yang perlu membuat keputusan dan menentukan masanya. Jangan cuba memberhentikan penyusuan ketika anak atau keluarga mengalami tekanan. Tekanan ini ada pelbagai bentuk, termasuklah ketika bayi tumbuh gigi, berpindah ke rumah baru atau anda mula menghantar anak ke pusat jagaan. Apakah cara terbaik untuk bercerai susu? Cara terbaik untuk ibu dan anak ialah dengan melakukan proses ini secara berperingkat atau perlahan-lahan. Perhatikan tanda-tanda jika anak anda sudah sedia. Apabila sampai masanya, cuba berhentikan satu langkah dalam masa lima hingga tujuh hari. Ini akan memberikan anda dan bayi masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Jika anda menyusukan badan, bercerai susu secara perlahan-lahan akan membantu mengelakkan buah dada anda daripada menjadi terlalu 'penuh' yang boleh membuatkan ia bengkak. Dalam tempoh ini bagaimana anda boleh memenuhi keperluan pemakanan bayi? Berikan susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya setahun atau selama mana anak mahu. Perkenalkan makanan pejal yang diperkaya dengan zat besi apabila bayi berumur enam bulan untuk melengkapkan susu badan. Bagi bayi yang diceraikan-susu badan atau botol sebelum berumur 12 tahun, berikan susu formula yang diperkaya dengan zat besi bukannya susu lembu atau kambing. Malah, anda juga boleh memberikan susu badan (diperah) melalui botol susu atau cawan; mengikut kesesuaian. Apa yang boleh dilakukan jika bayi tidak mahu bercerai susu? Masalah ini memang kerap berlaku. Kadang kala si ibu mahu memberhentikan penyusuan tetapi bayi masih belum bersedia. Jika boleh, teruskan pemberian susu untuk sedikit masa lagi. Cuba tawarkan susu dalam cawan sebelum anda memberikan susu badan. Atau anda juga boleh cuba menukar puting susu. Sesetengah bayi sukar untuk ‘berpisah’ dengan botol susu mereka. Untuk keadaan ini, jangan biarkan anak anda merangkak, berjalan atau tidur bersama botol susu mereka. Namun, penyusuan ketika tidur malam adalah saat paling sukar untuk tidak memberikan anak anda susu. Cuba gantikan waktu menyusu ini dengan tabiat baru seperti membacakan mereka buku atau melihat bintang bersama-sama.

Thursday, January 21, 2010

Udang Goreng Kacang Buncis

Dinner malam tadi masak nasi dan lauk disebabkan my brother datang outstation sini so stay kat rumah I ler.. Balik jer dari kerja terus bersilat dekat dapur tu nak siapkan makan malam.. kene siapkan cepat sebab dalam kol 8.30 malam tu hubby ada meeting pulak.. hmm masak yang simple-simple jerla antaranya masak udang yang sangat mudah nih. ok layang ler..

Bahan

300 gm Udang
15 batang sayur buncis
1 biji tomato dibelah 4
bawang merah dan bawang putih dihiris
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 gelas air
garam secukup rasa



Caranya

1- Tumis bawang hingga naik bau
2- Masukkan udang, kacang buncis, serbuk kunyit dan air
3- Perasakan dengan garam
4- Masukkan tomato tadi lebih kurang 7minit padamkan api dan hidangkan

Tuesday, January 19, 2010

Accident..

14/01/2010 pagi tu papa baru tampal road tax dekat cermin keta.. baru renew road tax dan insuransla.. hmm keta baru 2 tahun.. qoda dan qodar Allah yang tentukan.. Dalam pukul 6.30 papa call umi bagi tau...'keta accident' Kak Minah nih break keta mengejut.. memang tak boleh elak.. Kak Minah ni pulak boleh kata keta dia dah 3 kali kena langgar belakang.. itu maksudnya memang dia nih selalu suker break mengejut.. papa memag tak dapat elak.. tapi Allahmdullillah papa selamat tak ada apa-apa cuma keta jer kena masuk hospital... nasib baik umi tak ada masa tu kalo ada dah tentu kene dah Kak Minah nih.. Sikap lalai dia menyebabkan kemalangan pada orang lain.. memang geram betoi.. Esok tu umi ikut papa pergi workshop tengok keta..memang sedih betoi tengok keta tu.. iala walaupun skit tapi.. sedih gakla.. mungkin dalam 2/3 minggu baru keta siap..

Sunday, January 17, 2010

Marble Cheese Kek



Disebabkan masih terdapat stok cheese dalam peti doremon tu.. maka ada jerla idea untuk membuat sebiji marble cheese kek.. untuk minum petang hujung minggu nih.. lagi pun sebab terajin gak kalau termalas memang tak buatla.. Cara dan bahannya mudah jer, makan pun senang nak abihkan... ok layan resepi yer


Bahan-bahan A
180 gm. Butter
20 gm. cocoa powder - ayak
170 gm. Gula castor
3 biji telor 120 gm.
185 tepung gandum - ayak
1 tsp. baking powder - ayak
1/2 tbs choc emulco
Bahan-bahan B
250 gm. cream cheese
60 gm. gula castor
1 tsp. vanilla essence
1 biji telor

Cara-cara :-
1. Pukul butter and gula.
2. Masukkan telor sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepong, cocoa dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.
5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang dan ratakan. Saya guna loyang 9x3x3. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
6. Tuangkan baki adunan A.
7. Bakar di oven 150 deg C - selama 40 mins atau hingga masak, test dengan lidi.
8. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.

Saturday, January 16, 2010

Family Day Ibu Pejabat

Dah lama tak joint family day nih sejak-sejak dah kawin.. bila nak joint jer ader jer aktiviti lain..so hari nih dapat joint dengan baby sekali..buat dekat DESA WATER PARK, KL.Masa tinggal kat KL selalu lalu tapi tak pernah singgah kat situ ni baru ada peluang masuk..yer la masuk free.. best nyer.. nasib baik sebelum nih dah train baby mandi dalam kolam so tak la dia rasa kaket.. mula-mula bagi mandi tuh memang dia cam takut skit..lepas tuh sampai tak nak naik.. hmmm mandi puas-puas.. baby, umi dan papa mandi dalam kolam 0.3meter tapi sempat gak mandi kat kolam 1 meter tuh yerla sebab bawa baby.. memang best la.. nanti family day ofis papa 6/2/10 nak joint gak lah.. haaa nih la aksi-aksi perenang umi and papa..

Haaa ni masa baru sampai dekat water park tu dengan seronoknya princes nih
Ni masa mula-mula nak ajar bb naik pelampung tuh..

Dah naik sampai tak nak keluar pulak..

Ni bila dah penat main air, lapar princes Aisyah makan sampai habis


Ni memang gaya penat betoi nih dan ngantuk pulak



Haaaa sampai tertido tak ingat dunia dah.. minum pun tak habis air tu..


Wednesday, January 13, 2010

Mee Kari Ayam

Hari ni terajin untuk buat Meriah kerry merangkap MEE KARI ..I memang tak suke kalo makan dekat luar mee kari setakat ada mee, kuah kari, taburan daun sup dan daun bawang, telur sebijik.. dengan harga rm 4.00 owhwhwh.. memang tak suker.. disebabkan juga papa tak nak makan nasi so umi buatkan kari makan dengan mee...kebetulan pula sebab ada lebihan sambal yang masak dengan keow teow sup hari tu so bertambahla kesedapannya... resepinya seperti dibawah




Bahan

3 ulas bawang merah#
3 ulas bawang putih#
1 inci halia# (mesin halus)
3 Sudu besar rempah kari daging Baba's
200 gm ayam dipotong
Tauhu pok 3 biji dipotong 2
100 ml santan
600 ml air
Minyak untuk menumis
Jus asam jawa
Garam secukup rasa



Caranya

1-Tumis semua bahan mesin hingga naik bau.
2- Masukkan rempah kari dan sedikit air.. hingga pecah minyak
3-Masukan ayam, masak hingga ayam empuk
4-Tambah jus asam jawa dan perasakan dengan garam
5-Tambah santan dan tauhu pok tadi dan biar mendidih padamkan api. Tabur bawang goreng dan tutup tudung periuk tu.


Bahan Mee

Mee 400 gm dicelur
Tauhu di goreng dan hiris
Fish Cake digoreng dan hiris
Tauge rm 0.20 dicelur
2 tangkai sawi dipotong dan dicelur
Hirisan limau nipis
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng


Masukkan mee dan tuang kuah kari tadi dan lepas tu satukan semua bahan di atas dan hidangkan.